0/7 siap
Training · Bro Zaid Todak ← Semua subjek

Claude Code · Bab 2: Asas & Pemahaman AI · 7 Modul · Bacaan ~20 minit

Asas & Pemahaman AI

Sebelum guna alat, faham dulu macam mana AI berfikir, mengingati dan bertindak. Takde install apa-apa kat sini: baca, faham, tick. Lepas bahagian ni, semua benda dalam Bahagian 2 & 3 akan masuk akal.

Cuba sendiriAI baca ayat sebagai token
Isi Kandungan
  1. Apa itu LLM, AI sebenarnya buat apa?
  2. Kenapa ada banyak model AI?
  3. AI cari ikut makna, bukan perkataan
  4. AI zaman sekarang: fikir dulu, buat kerja
  5. Tetingkap konteks, "beg" ingatan AI
  6. Memori kekal, kenapa fail .md penting
  7. Kenapa kita pilih Claude Code
Cuba sendiriPeta perjalanan, klik untuk lompat

Modul 1 — Apa itu LLM?

Korang sebenarnya dah guna versi kecil dia setiap hari.

Tengok keyboard telefon korang. Bila taip "nanti aku", dia cadangkan "call", "datang", "balik", dia meneka perkataan seterusnya berdasarkan ayat-ayat yang korang pernah taip.

LLM (Large Language Model, "otak" di sebalik Claude & ChatGPT) buat benda yang sama... tapi dengan dua beza besar:

Keyboard telefonLLM (AI)
Teka untukSambung ayat KORANGBina JAWAPAN untuk korang
Belajar dariAyat korang sendiriTeks seluruh dunia, buku, web, kod
HasilnyaKadang silap & kelakarTepat & bermakna (tapi bukan 100%)
Model mental Telefon teka ayat kau. LLM teka jawapan, perkataan demi perkataan, berdasarkan ilmu seluruh dunia. Sebab tu dia nampak "pandai": dia dah baca berjuta contoh benda yang serupa.
Cuba sendiriTeka perkataan seterusnya

Modul 2 — Kenapa ada banyak model AI?

Sebab setiap satu dilatih dengan "resipi" berbeza.

Setiap model AI melalui latihan besar-besaran dengan ratusan billion parameter (anggap macam berjuta-juta tombol halus yang dilaras masa belajar). Resipi latihan berbeza → kepakaran berbeza:

SyarikatModelTerkenal sebab
AnthropicClaude (Fable, Opus, Sonnet, Haiku)Coding & pemikiran panjang, sebab tu kita guna untuk bina sistem
OpenAIGPT (ChatGPT)Kreatif & serba guna
MetaLlamaPercuma & terbuka, boleh run atas server sendiri
DeepSeekDeepSeek V3/R1Coding & matematik pada kos murah

Dalam satu keluarga pun ada saiz berbeza, model besar lebih bijak tapi perlahan & mahal, model kecil pantas untuk kerja ringkas. Sebab tu dalam Claude ada pilihan model.

Cuba sendiriModel mana untuk kerja apa?

Modul 3 — AI cari ikut makna, bukan perkataan

Rahsia macam mana AI selongkar data besar dengan tepat.

Carian biasa (macam Ctrl+F) cari perkataan sama. Kalau korang cari "khemah" tapi nota tertulis "tenda", carian biasa tak jumpa.

Sistem AI simpan setiap ayat sebagai deretan nombor yang mewakili maknanya (dipanggil embedding / vektor). Bila cari, dia bandingkan makna dengan makna:

Kaitan dengan kita Banyak sistem kedai moden ada ciri "Tanya AI" yang guna konsep ni: AI cari dalam data kedai sendiri dulu, baru jawab. Bila korang tanya soalan, sistem cari maklumat paling bermakna dulu, baru AI jawab.
Cuba sendiriPeta makna, cari ikut maksud

Modul 4 — AI zaman sekarang: fikir dulu, buat kerja

Dari chatbot borak → pekerja yang bertindak.

AI dulu: korang tanya, dia balas teks. Habis situ. AI sekarang boleh Reason + Act, dia berfikir merangka pelan, lepas tu guna tools untuk buat kerja sebenar:

Model mental Chatbot = penasihat. AI + tools = pekerja. Bila korang guna Claude Code nanti (Bahagian 2), "tools" dia ialah komputer korang sendiri, baca fail, tulis fail, jalankan arahan.
Cuba sendiriGelung ejen: fikir → guna tool → siap

Modul 5 — Tetingkap konteks: "beg" ingatan AI

Kenapa perbualan panjang buat AI jadi "berat", dan apa jadi bila penuh.

Setiap kali AI nak jawab, dia baca semula seluruh perbualan dari awal, setiap mesej korang, setiap jawapan dia, setiap fail yang dibaca. Semua tu dibawa dalam satu "beg" yang dipanggil tetingkap konteks (context window).

Dua cara AI besar tangani bila beg penuh, dua-dua ada kelemahan:

CaraApa jadiRisikonya
Kompres (ChatGPT)Ringkaskan perbualan lamaDetail hilang, boleh keliru fakta
Sesi baru (Claude)Mula perbualan kosongLupa semua, kalau tiada nota luar
Sebab tu dalam Claude Code ada /clear & /compact Perbualan panjang tak semestinya bagus. Habis satu tugasan = /clear dan mula bersih. Ini bukan bug, ini cara kerja yang betul dengan AI.
Cuba sendiriBeg konteks, isi sampai penuh

Modul 6 — Memori kekal: fail .md

Kalau sesi baru = lupa semua... macam mana Claude "ingat"? Jawapannya: nota.

Penyelesaiannya simple tapi genius: AI tulis nota dalam fail teks (format .md, markdown, fail teks biasa yang manusia & AI sama-sama boleh baca). Fail tu kekal dalam komputer. Sesi baru? Baca balik nota → ingat semula.

FailFungsi
CLAUDE.mdArahan tetap, siapa korang, cara kerja, peraturan. Dibaca automatik setiap sesi
MEMORY.mdIndeks memori, senarai ringkas semua fakta yang disimpan
memory/*.mdSatu fail = satu fakta terperinci
Ini sebab ritual "save session" wujud Bila Bro Zaid tutup sesi dengan Claude, Claude tulis semua keputusan & kerja belum siap ke dalam nota memori. Esok sambung, baca nota, terus ingat. Korang akan belajar ritual ni dalam Bahagian 2. Fun fact: bukan Claude je, hampir semua AI coding tools guna sistem fail .md macam ni.
Cuba sendiriSesi baru: AI ingat atau lupa?

Modul 7 — Kenapa kita pilih Claude Code

Semua AI pandai. Bezanya: sejauh mana dia boleh BUAT kerja.

Fikirkan AI tools atas satu garisan, dari "borak je" sampai "buat kerja penuh":

KategoriContohBoleh buat apa
ChatbotChatGPT, Claude web/app, GeminiBorak & jawab. Tak boleh sentuh fail dalam komputer korang
IDE / App agentCursor, AntigravityBuat kerja dalam app dia sendiri
Coding agentClaude Code, CodexHidup dalam terminal, baca/tulis fail, jalankan arahan, bina & deploy projek sebenar

Banyak sistem bisnes sebenar, POS, back office, HR, website, termasuk site training ni sendiri, dibina dengan Claude Code. Itulah sebab dia jadi Bahagian 2 korang.

Cuba sendiriSpektrum: borak je → buat kerja penuh
Semak diri3 idea besar, klik dedah jawapan
Sumber & kredit Struktur bahagian ni diadaptasi daripada AI Training by LAN TODAK, terima kasih keluarga Todak! Versi ni ditulis semula dengan contoh bisnes kedai supaya senang difahami.