0/29 siap
Training · Bro Zaid Todak ← Semua subjek

Claude Code · Bab 3: A sampai Z · 10 Modul · 29 Langkah

Claude Code, dari A sampai Z

Hujung bahagian ni, korang boleh install Claude Code sendiri, guna dia dengan yakin, dan komputer korang akan ada setting sama macam Bro Zaid pakai sekarang. Ikut turutan, jangan skip modul.

Isi Kandungan
  1. Kenal Claude Code, apa benda ni?
  2. Persediaan, akaun & terminal
  3. Install Claude Code
  4. Login kali pertama
  5. Asas penggunaan harian
  6. Setting macam Bro Zaid
  7. CLAUDE.md & memori
  8. Vault .env & ritual sesi
  9. Latihan amali
  10. Adab & keselamatan (WAJIB baca)

Modul 1 — Kenal Claude Code

Faham dulu apa benda dia, baru senang belajar.

Claude Code ialah AI assistant yang duduk dalam terminal (skrin hitam yang programmer selalu guna). Bezanya dengan chat AI biasa: Claude Code boleh buat kerja terus dalam komputer korang, baca fail, tulis fail, jalankan arahan, siapkan projek.

Bayangkan macam ni: chat AI biasa = kawan yang bagi nasihat. Claude Code = pekerja yang betul-betul buat kerja tu untuk korang.

Boleh buatContoh
Baca & tulis fail"Bacakan fail senarai-stok.csv ni, kira jumlah nilai"
Buat dokumen/laporan"Buatkan laporan jualan minggu ni dalam bentuk HTML"
Jalankan arahan komputer"Zipkan folder gambar produk ni"
Bina & baiki sistemMacam mana Bro Zaid bina POS, hr10, semua tu

Modul 2 — Persediaan

Dua benda je perlu: akaun Claude & tahu buka terminal.

2.1 Akaun Claude

Claude Code perlukan akaun Claude yang ada subscription (Pro atau Max). Daftar akaun sendiri di claude.ai kalau belum ada. Elakkan daftar dan bayar sendiri tanpa arahan.

2.2 Buka terminal

Tekan Cmd + Space, taip Terminal, tekan Enter. Keluar tetingkap dengan tulisan putih atas hitam, itu dia.

Tekan butang Windows, taip PowerShell, tekan Enter. (Guna PowerShell, bukan Command Prompt lama.)

2.3 Faham "folder semasa"

Terminal sentiasa "berdiri" dalam satu folder. Claude Code akan bekerja dalam folder tu. Arahan penting: cd nama-folder = masuk folder, pwd = tengok sekarang berada kat mana (Mac) / Get-Location (Windows).

Modul 3 — Install Claude Code

Satu baris arahan je. Copy, paste, Enter.

Terminal (Mac)
curl -fsSL https://claude.ai/install.sh | bash
PowerShell (Windows)
irm https://claude.ai/install.ps1 | iex

Tunggu sampai habis (biasanya bawah seminit). Lepas siap, tutup terminal dan buka semula. Ini penting supaya komputer kenal arahan baru.

Modul 4 — Login kali pertama

Sekali je perlu buat. Lepas ni dia ingat.

Tip Nak tukar akaun kemudian hari? Dalam Claude Code, taip /login. Nak keluar dari Claude Code? Tekan Ctrl+C dua kali.

Modul 5 — Asas penggunaan harian

Cakap biasa je dengan dia, bahasa Melayu pun boleh.

Modul 6 — Setting macam Bro Zaid

Ini konfigurasi sebenar yang Bro Zaid pakai hari-hari (disemak Julai 2026).

Semua tetapan Claude Code duduk dalam satu fail: ~/.claude/settings.json (Mac) / C:\Users\NAMA\.claude\settings.json (Windows). Cara paling senang edit: suruh Claude Code sendiri buat.

Ini fail penuh yang Bro Zaid guna sekarang:

~/.claude/settings.json, versi Bro Zaid
{
  "permissions": {
    "defaultMode": "bypassPermissions"
  },
  "model": "claude-fable-5[1m]",
  "hooks": {
    "Stop": [
      {
        "hooks": [
          {
            "type": "command",
            "command": "afplay /System/Library/Sounds/Glass.aiff &",
            "async": true
          }
        ]
      }
    ]
  },
  "enabledPlugins": {
    "supabase@claude-plugins-official": true,
    "frontend-design@claude-plugins-official": true
  },
  "tui": "fullscreen",
  "skipDangerousModePermissionPrompt": true,
  "theme": "dark",
  "skipAutoPermissionPrompt": true
}

Maksud setiap baris, bahasa manusia:

BarisMaksudnya
defaultMode: bypassPermissionsClaude TAK tanya kebenaran langsung, terus buat. Laju gila, tapi bahaya kalau tak biasa. Baca amaran bawah.
model: claude-fable-5[1m]Guna Fable 5 (model paling kuat) dengan ingatan konteks 1 juta token, boleh telan projek besar sekali gus. Perlu plan yang menyokongnya; kalau tak ada, kekal model default pun ok.
hooks: Stop → afplay GlassBunyi "ting!" setiap kali Claude siap kerja, boleh buat benda lain sambil tunggu. (Mac sahaja; Windows tak ada afplay.)
enabledPluginsPlugin Supabase (database) & frontend-design (buat UI cantik). Untuk staf: boleh skip dulu.
tui: fullscreenClaude Code guna satu skrin penuh terminal, lebih kemas.
theme: darkTema gelap. Sedap mata.
2 baris skip...PromptBuang soalan pengesahan tambahan bila guna mod bypass. Pasangan kepada baris pertama.
Amaran penting, mod bypass bypassPermissions maksudnya Claude boleh ubah/padam fail dan jalankan arahan TANPA tanya korang dulu. Bro Zaid guna sebab dah 100% biasa + ada backup harian. Staf baru: JANGAN aktifkan baris ni dulu. Guna versi selamat kat bawah. Bila dah mahir (dan Bro Zaid lulus), baru upgrade.

Modul 7 — CLAUDE.md & memori

Cara ajar Claude tentang kerja korang, supaya tak payah ulang benda sama.

CLAUDE.md = nota arahan tetap yang Claude baca setiap kali mula. Ada 2 tempat:

Modul 8 — Vault .env & ritual sesi

Dua tabiat orang yang kerja lama dengan Claude, vault kunci & ritual mula/tutup.

8.1 Vault .env, tempat simpan kunci

Nanti bila korang sambungkan Claude ke servis lain (database, hosting, Bahagian 3), setiap servis bagi token (kunci rahsia). Kunci-kunci ni disimpan dalam SATU fail tersembunyi: ~/.claude/.env, macam peti kunci. Claude rujuk dari situ, tak payah taip kunci merata-rata.

Contoh isi .env (format: NAMA=nilai)
NETLIFY_AUTH_TOKEN=nfp_xxxxxxxx
SUPABASE_KEY=ey_xxxxxxxx
GITHUB_TOKEN=ghp_xxxxxxxx
Peraturan kunci Fail .env = macam kunci kedai. JANGAN screenshot, jangan hantar dalam group, jangan upload mana-mana. Untuk kerja syarikat, token hanya diberi oleh Bro Zaid bila perlu.

8.2 Ritual MULA sesi, bincang dulu

Jangan biar Claude terus menggodam bila korang baru buka sesi. Mulakan dengan bincang dulu, baru dia faham apa korang nak sebelum sentuh apa-apa:

Dalam Claude Code, ayat pembuka
Aku nak sambung projek [nama-projek]. Bincang dengan aku dulu, jangan buat atau ubah apa-apa sebelum kita setuju pelan.

8.3 Ritual TUTUP sesi, save session

Ingat Bahagian 1 Modul 6? Sesi baru bermula kosong, kecuali ada nota. Sebab tu sebelum tutup, suruh Claude simpan sesi, dia akan tulis semua keputusan & kerja belum siap dalam nota memorinya:

Dalam Claude Code, ayat penutup
Aku nak save session ni, nanti kita sambung kemudian.

Modul 9 — Latihan amali

Teori dah. Sekarang buat kerja betul. Semua dalam folder latihan-claude.

Tamat Bahagian 2 🎉 Kalau semua 29 langkah dah tick, korang dah layak guna Claude Code untuk kerja harian. Bagitahu Bro Zaid untuk sesi hands-on, dan teruskan ke Claude Apps.

Modul 10 — Adab & keselamatan (WAJIB)

Tiada checkbox kat sini, sebab ini bukan langkah, ini PERATURAN.

Peraturan team, hafal