0/12 siap
Training · Bro Zaid Todak ← Semua subjek

Claude Code · Bab 4: Supercharge · 7 Modul · Level Advanced

Supercharge Claude Code

Naik taraf Claude dari pembantu → rakan kerja penuh: memori kekal, akses ke servis sebenar, dan struktur projek yang kemas. Prasyarat: habiskan Bahagian 1 & 2 dulu.

Sebelum mula, baca ni Bahagian ni melibatkan pendaftaran servis luar & token. Untuk latihan sendiri, guna akaun percuma peribadi. Untuk kerja syarikat, SEMUA akaun & token mesti melalui Bro Zaid, jangan daftar bagi pihak syarikat sendiri-sendiri.
Isi Kandungan
  1. 3 cara bagi Claude "kuasa", API, MCP, CLI
  2. Corak sambungan servis
  3. Supabase, otak memori kekal
  4. GitHub, bilik simpan kod
  5. Netlify, terbitkan laman web
  6. Domain & DNS, alamat laman kau
  7. Struktur projek pro + penjagaan memori
  8. Claude ↔ Google, rclone & Gmail

Modul 1 — 3 cara bagi Claude "kuasa"

Ingat Bahagian 1: AI power sebab dia boleh guna tools. Ini 3 jenis "palam" untuk tools.

CaraApa diaAnalogi kedai
APIPintu rasmi setiap servis, program bercakap sesama program, guna kunci rahsiaNombor telefon supplier, boleh order, tapi kena tahu protokol
MCPStandard baru khas untuk AI, servis bungkus kemampuannya jadi tools siap gunaSupplier yang datang sendiri dengan katalog & borang siap isi
CLIArahan dalam terminal (contoh: netlify, gh)Staf yang berdiri sebelah kau, arah je terus
Kelebihan rahsia Claude Code Sebab Claude Code hidup dalam terminal, semua tool CLI automatik jadi kuasa dia, tak perlu setup istimewa. Ini yang app AI lain tak ada.

Modul 2 — Corak sambungan servis

Semua servis disambung dengan corak SAMA. Hafal sekali, guna selamanya.

Corak 3 langkah 1. Daftar servis (biasanya percuma) → 2. Jana token (kunci akses, ditunjuk SEKALI sahaja, salin terus) → 3. Suruh Claude simpan dalam .env ("Aku ada token [servis]: xxx. Tolong simpan dalam .env"). Lepas tu Claude terus boleh guna servis tu.

Servis yang kita guna dalam ekosistem Bro Zaid:

ServisFungsiStatus untuk staf
SupabaseDatabase + memori AIModul 3 — praktikal
GitHubSimpan & jejak kodModul 4 — praktikal
NetlifyHosting laman webModul 5 — praktikal
Cloudflare / GoDaddyDomain & DNSModul 6 — faham konsep dulu

Modul 3 — Supabase: otak memori kekal

Bagi Claude ingatan yang cari ikut MAKNA, macam "Brain" Bro Zaid.

Bahagian 1 Modul 3 & 6: Claude lupa bila sesi baru, dan penyelesaian asas ialah nota .md. Level seterusnya: simpan ingatan dalam database Supabase dengan pgvector, Claude boleh recall ikut makna, walau beribu ingatan. Ini teknologi sama di sebalik Brain Bro Zaid & "Tanya AI" dalam POS.

Nota embedding gte-small = enjin percuma terbina dalam Supabase yang tukar ayat jadi "nombor makna". Cukup untuk mula. Bila memori dah beribu & recall mula tersasar, boleh upgrade ke enjin berbayar yang lebih faham BM (OpenAI / Gemini).

Modul 4 — GitHub: bilik simpan kod

Macam Google Drive untuk kod, tapi jejak SETIAP perubahan.

GitHub simpan kod projek di cloud. Kelebihannya: setiap perubahan direkod (boleh undo bila-bila), kod selamat walau laptop rosak, dan ramai orang (termasuk AI) boleh kerja projek sama. Semua projek Bro Zaid, POS, website, duduk kat sini.

Modul 5 — Netlify: terbitkan laman web

Dari fail dalam laptop → URL live yang seluruh dunia boleh buka. Dalam masa seminit.

Modul 6 — Domain & DNS: alamat laman kau

Konsep je dulu, praktikal bila ada projek sebenar.

Laman Netlify dapat URL hodoh (contoh: nama-1234.netlify.app). Untuk alamat sendiri:

Dalam dunia sebenar Sebuah bisnes boleh ada banyak subdomain atas SATU domain (pos, hr, meeting, analytics...), semuanya konsep ni. Site training ni sendiri: domain brozaidtodak.com → subdomain training → hosting Netlify.

Modul 7 — Struktur projek pro + penjagaan memori

Tabiat terakhir yang bezakan orang kemas dengan orang selerak.

7.1 Satu rumah untuk semua projek

Buat SATU folder induk projects/. Setiap projek = satu subfolder dengan CLAUDE.md sendiri ("otak" projek tu). Jangan bersepah atas Desktop.

Dalam Claude Code
Buatkan folder induk 'projects'. Mulai sekarang setiap projek baru, buat subfolder dalam projects/ dengan struktur kemas dan satu CLAUDE.md untuk projek tu.

7.2 planning.html, pelan yang hidup

Sebelum bina benda besar, suruh Claude buat planning.html, dokumen interaktif yang kumpulkan idea, fasa, milestone & checklist projek. Korang & AI rujuk pelan yang sama. (Bro Zaid guna teknik ni untuk semua projek besar dia.)

7.3 Jaga memori, spring cleaning

Memori pun perlu dicuci Memori & nota yang bertimbun lama-lama ada yang expired, bertindih atau bercanggah, dan AI boleh keliru dibuatnya. Sebulan sekali, suruh Claude: "Semak memori kau, buang yang dah tak relevan atau bercanggah."

Modul 8 — Claude ↔ Google: rclone & Gmail

Dua "tangan" yang Claude guna untuk capai dunia Google: satu untuk fail, satu untuk email.

Selepas Supabase, GitHub dan Netlify, ada satu lagi dunia yang Claude boleh capai: akaun Google kita. Ada dua tangan berbeza, dan penting faham beza dia.

Definisi rclone: rclone ialah program kecil dalam terminal yang berfungsi macam kabel USB antara komputer kita dengan cloud: Google Drive, dan banyak lagi servis simpanan. Sekali dipasang dan diberi kebenaran, Claude boleh salin fail dua hala tanpa buka browser langsung.

TanganKerja diaContoh sebenar kita
rclone Kerja FAIL: salin turun / salin naik dari Google Drive. Tarik foto buku dari Google Doc untuk bina site training ni; hantar backup database naik ke Drive setiap malam; salin resit ikut folder projek.
Gmail API Kerja EMAIL: baca, cari, dan hantar email dari akaun kita. Suruh Claude: "email invoice ni dekat akaun@syarikat.com". Claude hantar terus dari email kau, siap dengan lampiran PDF.
Cara mudah ingatFail = rclone. Email = Gmail API. Dua-dua cuma perlu approve sekali. Lepas tu Claude boleh buat kerja tu bila-bila disuruh, tak payah approve lagi.

Senario sebenar yang selalu berlaku: supplier hantar PDF invoice dalam WhatsApp, kau taip satu ayat je, "nak email invoice ni dekat akaun@syarikat.com". Claude buka kebenaran hantar email (approve sekali kat browser), lepas tu terus hantar: email kemas dengan ringkasan invoice + lampiran PDF, dari akaun kau sendiri.

Peraturan penting Kebenaran ni kuasa besar. Claude boleh hantar email atas nama kita. Sebab tu: hanya akaun bisnes rasmi, dan Claude WAJIB tunjuk kandungan email sebelum hantar kalau ia pergi ke orang luar. Untuk rekod dalaman (macam contoh invoice ke accounts). Terus hantar takpe.
Sumber & kredit Bahagian ni diadaptasi daripada AI Training by LAN TODAK (Seksyen 03 & 04), ditulis semula dengan konteks bisnes kedai supaya senang difahami.