Claude Code · Bab 3: A sampai Z · 10 Modul · 29 Langkah
Hujung bahagian ni, korang boleh install Claude Code sendiri, guna dia dengan yakin, dan komputer korang akan ada setting sama macam Bro Zaid pakai sekarang. Ikut turutan, jangan skip modul.
Faham dulu apa benda dia, baru senang belajar.
Claude Code ialah AI assistant yang duduk dalam terminal (skrin hitam yang programmer selalu guna). Bezanya dengan chat AI biasa: Claude Code boleh buat kerja terus dalam komputer korang, baca fail, tulis fail, jalankan arahan, siapkan projek.
Bayangkan macam ni: chat AI biasa = kawan yang bagi nasihat. Claude Code = pekerja yang betul-betul buat kerja tu untuk korang.
| Boleh buat | Contoh |
|---|---|
| Baca & tulis fail | "Bacakan fail senarai-stok.csv ni, kira jumlah nilai" |
| Buat dokumen/laporan | "Buatkan laporan jualan minggu ni dalam bentuk HTML" |
| Jalankan arahan komputer | "Zipkan folder gambar produk ni" |
| Bina & baiki sistem | Macam mana Bro Zaid bina POS, hr10, semua tu |
Dua benda je perlu: akaun Claude & tahu buka terminal.
Claude Code perlukan akaun Claude yang ada subscription (Pro atau Max). Daftar akaun sendiri di claude.ai kalau belum ada. Elakkan daftar dan bayar sendiri tanpa arahan.
Tekan Cmd + Space, taip Terminal, tekan Enter. Keluar tetingkap dengan tulisan putih atas hitam, itu dia.
Tekan butang Windows, taip PowerShell, tekan Enter. (Guna PowerShell, bukan Command Prompt lama.)
Terminal sentiasa "berdiri" dalam satu folder. Claude Code akan bekerja dalam folder tu.
Arahan penting: cd nama-folder = masuk folder,
pwd = tengok sekarang berada kat mana (Mac) /
Get-Location (Windows).
Satu baris arahan je. Copy, paste, Enter.
curl -fsSL https://claude.ai/install.sh | bash
irm https://claude.ai/install.ps1 | iex
Tunggu sampai habis (biasanya bawah seminit). Lepas siap, tutup terminal dan buka semula. Ini penting supaya komputer kenal arahan baru.
Sekali je perlu buat. Lepas ni dia ingat.
/login.
Nak keluar dari Claude Code? Tekan Ctrl+C dua kali.
Cakap biasa je dengan dia, bahasa Melayu pun boleh.
Ini konfigurasi sebenar yang Bro Zaid pakai hari-hari (disemak Julai 2026).
Semua tetapan Claude Code duduk dalam satu fail:
~/.claude/settings.json (Mac) /
C:\Users\NAMA\.claude\settings.json (Windows).
Cara paling senang edit: suruh Claude Code sendiri buat.
Ini fail penuh yang Bro Zaid guna sekarang:
{
"permissions": {
"defaultMode": "bypassPermissions"
},
"model": "claude-fable-5[1m]",
"hooks": {
"Stop": [
{
"hooks": [
{
"type": "command",
"command": "afplay /System/Library/Sounds/Glass.aiff &",
"async": true
}
]
}
]
},
"enabledPlugins": {
"supabase@claude-plugins-official": true,
"frontend-design@claude-plugins-official": true
},
"tui": "fullscreen",
"skipDangerousModePermissionPrompt": true,
"theme": "dark",
"skipAutoPermissionPrompt": true
}
Maksud setiap baris, bahasa manusia:
| Baris | Maksudnya |
|---|---|
defaultMode: bypassPermissions | Claude TAK tanya kebenaran langsung, terus buat. Laju gila, tapi bahaya kalau tak biasa. Baca amaran bawah. |
model: claude-fable-5[1m] | Guna Fable 5 (model paling kuat) dengan ingatan konteks 1 juta token, boleh telan projek besar sekali gus. Perlu plan yang menyokongnya; kalau tak ada, kekal model default pun ok. |
hooks: Stop → afplay Glass | Bunyi "ting!" setiap kali Claude siap kerja, boleh buat benda lain sambil tunggu. (Mac sahaja; Windows tak ada afplay.) |
enabledPlugins | Plugin Supabase (database) & frontend-design (buat UI cantik). Untuk staf: boleh skip dulu. |
tui: fullscreen | Claude Code guna satu skrin penuh terminal, lebih kemas. |
theme: dark | Tema gelap. Sedap mata. |
2 baris skip...Prompt | Buang soalan pengesahan tambahan bila guna mod bypass. Pasangan kepada baris pertama. |
bypassPermissions maksudnya Claude boleh ubah/padam fail dan jalankan arahan
TANPA tanya korang dulu. Bro Zaid guna sebab dah 100% biasa + ada backup harian.
Staf baru: JANGAN aktifkan baris ni dulu. Guna versi selamat kat bawah.
Bila dah mahir (dan Bro Zaid lulus), baru upgrade.
Cara ajar Claude tentang kerja korang, supaya tak payah ulang benda sama.
CLAUDE.md = nota arahan tetap yang Claude baca setiap kali mula. Ada 2 tempat:
~/.claude/CLAUDE.md, global, terpakai untuk semua projek (Bro Zaid guna ni untuk senarai skill & peraturan dia)CLAUDE.md dalam folder projek, khas untuk projek tu jeDua tabiat orang yang kerja lama dengan Claude, vault kunci & ritual mula/tutup.
Nanti bila korang sambungkan Claude ke servis lain (database, hosting, Bahagian 3), setiap servis
bagi token (kunci rahsia). Kunci-kunci ni disimpan dalam SATU fail tersembunyi:
~/.claude/.env, macam peti kunci. Claude rujuk dari situ, tak payah
taip kunci merata-rata.
NETLIFY_AUTH_TOKEN=nfp_xxxxxxxx SUPABASE_KEY=ey_xxxxxxxx GITHUB_TOKEN=ghp_xxxxxxxx
Jangan biar Claude terus menggodam bila korang baru buka sesi. Mulakan dengan bincang dulu, baru dia faham apa korang nak sebelum sentuh apa-apa:
Aku nak sambung projek [nama-projek]. Bincang dengan aku dulu, jangan buat atau ubah apa-apa sebelum kita setuju pelan.
Ingat Bahagian 1 Modul 6? Sesi baru bermula kosong, kecuali ada nota. Sebab tu sebelum tutup, suruh Claude simpan sesi, dia akan tulis semua keputusan & kerja belum siap dalam nota memorinya:
Aku nak save session ni, nanti kita sambung kemudian.
Teori dah. Sekarang buat kerja betul. Semua dalam folder latihan-claude.
Tiada checkbox kat sini, sebab ini bukan langkah, ini PERATURAN.