0/8 siap
Training · Bro Zaid Todak ← Semua subjek

TikTok · Bab 3: GMV Max

Setup GMV Product Campaign

Ramai orang fikir run GMV Campaign = tekan butang Boost. Sebenarnya ada sistemnya. Ikut susunan betul, content senang masuk Delivering dan ROI naik. Setup salah, content tersangkut dalam "Learning Mode" berbulan-bulan, duit habis, jualan tak gerak. Bahagian ni bawa awak dari kosong sampai tekan Publish.

Isi Kandungan
  1. Langkah 1 — Sambung Business Centre & Seller Centre
  2. Langkah 2 — Pilih jenis campaign
  3. Langkah 3 — Setup langkah demi langkah
  4. Kesilapan founder paling biasa

Langkah 1 — Sambung Business Centre & Seller Centre

Sebelum boleh run apa-apa campaign, dua akaun ni WAJIB bersambung.

GMV Max melibatkan dua tempat berbeza, dan kebanyakan orang tak sedar ia berasingan:

AkaunFungsi dia
TikTok Business CentreTempat kita setup dan pantau iklan GMV.
TikTok Seller CentreTempat produk dan beg kuning disimpan.
Kalau tak sambung Content tak boleh dipautkan dengan produk, maka jualan tak tracking. Awak akan nampak video naik view, tapi sistem tak tahu jualan tu datang dari mana, dan GMV Max tiada data untuk belajar.

Langkah 2 — Pilih jenis campaign

Enam struktur berbeza. Pilih salah, campaign boleh tersangkut berbulan.

JenisMaksudnya
All-in-One · untuk pemulaSemua produk dalam satu campaign.
Separate Each ProductSatu produk = satu campaign.
Niche-BasedKumpulkan produk ikut kategori.
Price-BasedKumpulkan produk ikut julat harga.
Winning + LearningProduk terbukti + produk baru dalam satu campaign.
Winning + Learning + ComboCampur produk menang, ujian, dan beberapa julat harga.

Kenapa All-in-One paling sesuai untuk permulaan

Sebab kita nak baca perangai TikTok, bukan teka-teka sendiri. TikTok nak kenal pasti produk mana paling senang convert, jadi bagi dia semua produk sekali. Lepas tu dia akan tolak produk lemah dan push produk yang senang jual.

Urutan yang betulBila kita dah tahu produk mana yang menang, barulah pecahkan ikut niche, harga, atau combo testing. Jangan pecahkan dahulu sebelum ada data. Itu meneka.
Cuba sendiriJawab 3 soalan, dapat cadangan struktur

Langkah 3 — Setup langkah demi langkah

Dari buka Seller Centre sampai tekan Publish.

Susunan penuh yang kena ikut:

#Buat apa
1Masuk TikTok Seller Centre → pergi ke tab Create GMV Max
2Create Campaign → pilih Promote products (showcase produk)
3Pilih jenis campaign All-in-One, hidupkan "Promote all products in TikTok Shop"
4Di Optimization & budget, TikTok cadang satu Product ROI target
5Letak bajet minimum, 50% daripada yang disyorkan (untuk testing awal)
6Pilih bid strategy ROI-based → pilih recommended (paling selamat untuk pemula)
7Di Ad creative, hidupkan ketiga-tiga toggle
8Klik Publish

Tiga toggle Ad creative yang WAJIB hidup

TikTok cadang tambah sekurang-kurangnya 5 post ke dalam campaign. Lagi banyak creative, lagi banyak pilihan dia ada untuk diuji.

Cuba sendiriBajet permulaan, kenapa separuh sahaja
Pasal ROI targetTikTok akan cadang satu angka berdasarkan sejarah jualan dan belanja iklan awak. Dia juga beritahu purata ROI kategori produk awak. Set terlalu tinggi = TikTok tak push, content sangkut. Ikut cadangan dia dahulu, jangan tamak di awal.

Amaran — Kesilapan founder paling biasa

Empat ni yang paling kerap bakar duit orang.

KesilapanAkibatnya
Terus pilih Separate CampaignBajet burn, dan awak tetap tak tahu produk mana yang padu.
Set ROI target terlalu tinggiTikTok tak push. Content tersangkut dalam Learning Mode.
Upload content tanpa beg kuningJualan sifar walaupun view tinggi.
Tak test cukup banyak produkTikTok tak jumpa winning product.
Kredit Kandungan bahagian ni diadaptasi daripada buku "GMV Max" oleh Andika Putera (Aspires), ditulis semula dengan ayat sendiri dan contoh bisnes kedai untuk kegunaan latihan.