TikTok · Bab 3: GMV Max · 6 Modul · 10 Langkah
GMV Max bukan "tekan Boost lepas tu tunggu sales". TikTok ada cara dia sendiri, ikut cara dia, kau menang; langgar, kau bakar duit. Ramai orang terus tembak produk dan run campaign, lepas tu pelik kenapa content tak masuk delivering. Masalahnya bermula di asas. Bahagian ni bongkar 5 elemen wajib yang tentukan sama ada duit iklan kau jadi jualan, atau hilang begitu sahaja.
"Produk salah, ROI mati." Semua strategi lain tak selamatkan pilihan produk yang salah.
TikTok marketplace ada perangai sendiri. Dia akan tolak (push) produk yang senang convert dan padan dengan gaya pembeli TikTok. Jadi soalan pertama bukan "aku nak jual apa", tapi "apa yang TikTok memang sedang tolak".
Produk yang sedang trending dapat reach lebih tinggi, percuma. Melawan arus bermakna kau bayar lebih mahal untuk hasil yang sama. Contoh kedai camping: barang yang viral musim cuti sekolah berkelakuan sangat berbeza daripada barang teknikal yang cuma pendaki serius cari.
Formula asas: Kos produk × 3.5 = Harga jualan. Bunyi macam mahal? Cuba kira apa yang keluar dari harga tu sebelum sampai ke poket kau, yuran TikTok, komisen affiliate, kempen TikTok Shop, dan kos iklan GMV. Semua ni berlaku serentak, bukan satu-satu.
Tekan 2× dan tengok apa jadi. Itu sebabnya formula 3.5× wujud, bukan tamak, tapi untuk kekal hidup lepas semua tolakan.
Kalau produk sedia ada tak padan dengan perangai TikTok, jangan paksa. Bina produk entry baru , sesuatu yang senang dibeli tanpa fikir panjang. Produk entry inilah yang selalunya jadi winning product. Bila dah banyak terjual, barulah naikkan produk margin tinggi untuk kutip untung.
"Content = mesin automasi sales." Kalau content tak jalan, tiada apa yang jalan.
Dalam GMV Max, content adalah jantung sistem. Tapi cara main dah berubah. Dulu boleh buat content tanpa beg kuning dan sales masih naik. Sekarang tidak. Tiada beg kuning bermakna TikTok tiada sebab untuk pilih content kau masuk delivering.
Fikir dari sudut TikTok: dia nak orang beli tanpa keluar dari app. Video tanpa jalan ke checkout adalah hujung jalan buntu untuk dia. Video dengan beg kuning pula laluan lengkap, tengok, teruja, beli, siap.
Dua dunia berbeza. Ramai orang campur, lepas tu keliru kenapa data tak masuk akal.
Live adalah jualan terus, host pandai closing, duit masuk laju. Tapi live dan content bukan benda yang sama, dan datanya pun berasingan. Sebab utama kenapa content patut dikuasai dahulu ada dalam satu ayat: content jalan masa kau tidur, live tidak.
"Affiliate adalah mesin senyap yang buat sales kau jalan."
Ini senjata paling kurang dihargai. Lagi ramai orang luar promote produk kau, lagi laju sales masuk, sebab TikTok pilih banyak content affiliate untuk masuk delivering. Lagi ramai affiliate, lagi banyak content dalam pool, lagi tinggi peluang ada yang meletup.
| Jenis | Kedudukan |
|---|---|
| Affiliate | Wajib fokus. Paling berkuasa, dan tak perlu bayar dahulu, mereka dapat komisen bila terjual. |
| KOL (Key Opinion Leader) | Bonus, kalau ada bajet. Berguna untuk naikkan nama, bukan pengganti affiliate. |
| Cara | Macam mana |
|---|---|
| Direct Approach | DM content creator terus, ajak join affiliate. |
| Buyer-to-Customer | Lepas orang beli, ajak dia buat video review, terus recruit jadi affiliate. Ini paling murah sebab dia memang dah guna barang tu. |
| Auto Affiliate | Kalau produk senang jual dan sold banyak, TikTok sendiri akan cadangkan affiliate untuk join. Ini ganjaran sebab dua modul pertama kau buat betul. |
TikTok ada dua senjata besar. Kena tahu kau sedang pegang yang mana.
| GMV Products | GMV Live |
|---|---|
|
Content HQ Content Marketing Content Affiliate |
Product placement masa live TikTok Campaign Persembahan live host Skill closing Setup live (lampu, kamera, audio) |
| Automasi, jalan sendiri lepas disetup | Bergantung orang, jalan bila ada siaran |
Perhatikan senarai GMV Live tu: lampu, kamera, audio, skill closing. Itu bukan kerja pemasaran. Itu kerja produksi. Sebab tu ia jadi bahagian berasingan, dan sebab tu jangan campur dua-dua sebelum yang pertama stabil.
Pandangan awal sebelum bahagian setup penuh. Pilih struktur salah, campaign boleh tersangkut berbulan dalam "Learning Mode".
Setup GMV Product Campaign bukan sekadar tekan Boost, ada sistemnya. Sebelum kita masuk langkah demi langkah dalam bahagian seterusnya, kenali dahulu 6 jenis struktur campaign yang ada:
| Jenis | Maksudnya |
|---|---|
| All-in-One · disyorkan untuk pemula | Semua produk dalam satu campaign. |
| Separate Each Product | Satu produk = satu campaign. |
| Niche-Based | Kumpulkan produk ikut kategori. |
| Price-Based | Kumpulkan produk ikut julat harga. |
| Winning + Learning | Produk yang dah terbukti + produk baru dalam satu campaign. |
| Winning + Learning + Combo | Campur produk menang, produk ujian, dan beberapa julat harga. |
Ini cadangan permulaan sahaja untuk bantu kau fikir. Keputusan sebenar tetap ikut data akaun kita.
Kalau kau lupa semua yang lain, ingat urutan ni, ia sebab-akibat, bukan senarai rawak:
| # | Elemen | Kalau ini gagal… |
|---|---|---|
| 1 | Product Placement | Semua yang lain jadi sia-sia. Produk salah = ROI mati. |
| 2 | Content + beg kuning | Content tak masuk delivering. Tiada orang nampak. |
| 3 | Faham Live ≠ Content | Kau baca data silap dan buat keputusan silap. |
| 4 | Affiliate | Kau sorang je buat content. Tiada backup bila satu gagal. |
| 5 | Pilih senjata betul | Kau pecahkan tumpuan sebelum apa-apa stabil. |